Membawa kelengkapan moden untuk institusi pendidikan luar bandar di India
Tindakan Komuniti untuk Pembangunan Luar Bandar (CARD) adalah sebuah pertubuhan yang memberi tumpuan terhadap pembasmian kemiskinan melalui pendidikan, dan pembangunan persekitaran. Kami telah bekerjasama dengan CARD awal tahun ini untuk menubuhkan sebuah makmal komputer di Sekolah Awam Sita Rajaram dan mengagihkan bekalan pendidikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di Kolej Politeknik Sita Rajaram.
Menjelang perayaan Diwali tahun ini, kami telah bergabung usaha dengan CARD untuk menyediakan kelengkapan dua institusi pendidikan luar bandar dengan panel interaktif. Sekolah Awam Sita Rajaram pada masa ini menyediakan pendidikan menengah kepada 302 orang pelajar. Kolej Politeknik Sita Rajaram membolehkan 300 orang pelajar dari Karur dan daerah Trichy yang bersebelahan mendapat pendidikan teknikal dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
Membawa panel interaktif kepada kanak-kanak dan pelajar tempatan pada malam perayaan Diwali memeriahkan perayaan tersebut dengan semangat kebaikan dan pemberian amal. Kami berharap kelengkapan baru ini akan terbukti berkesan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kanak-kanak di sekolah dan pelajar di kolej.
Terima kasih yang tidak terhingga kerana menyokong kami. Kami akan terus membantu komuniti tempatan pada masa hadapan.