Pusingan 55 pertandingan demo Juara OctaFX: $1000 untuk para pemenang!
Pertandingan demo Juara OctaFX ialah cabaran sebenar untuk juara sebenar, oleh itu mari kita ucapkan tahniah kepada para pedagang yang terbaik dalam Pusingan 55! Dana hadiah berjumlah $1000 telah dikongsi antara pakar Forex berikut:
- Tempat pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh En. Dejan Kostovski dari Macedonia.
- Tempat kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh En. Yuliantono dari Indonesia.
- Tempat ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh En. Adi Putra Nugraha dari Indonesia.
- Tempat terakhir dimenangi oleh En. Zainal Efendi dari Indonesia yang memenangi USD100
Apakah rahsia kejayaan dan pengalaman dagangan mereka? Berikut ialah beberapa kisah menarik daripada para juara kita!
Tempat pertama: En. Dejan Kostovski dari Macedonia
DeKo123
Rank1 | Gain6282.33% |
Sangat hebat rasanya menjadi Juara OctaFX. Rasa sangat hebat mengetahui pada satu ketika anda menjadi yang terbaik dalam sesuatu yang anda inginkan.
Biasanya saya berdagang pada sesi London dan AS (dan kadang-kadang sesi Tokyo juga), mencari peluang yang baik untuk memasuki pasaran. Kalendar ekonomi banyak membantu, jadi dagangan saya agak berjadual. Saya memberikan perhatian yang teliti terhadap pengumuman kerana agak berkemungkinan ia mempengaruhi arah pasaran. Terdapat beberapa hari apabila saya sangat aktif dan banyak meluangkan masa untuk berdagang.
Tumpuan saya kebanyakannya pada dagangan sebenar, tetapi saya ingin terus menyertai semua pertandingan anda - semuanya sangat bagus. Selain itu, saya juga ingin menang lagi.
Apabila saya melihat kedudukan peserta 6 hari sebelum pertandingan berakhir, saya melihat kalendar Ekonomi dan membuat keputusan untuk berdagang semasa peristiwa yang paling berkemungkinan akan menggerakkan pasaran.
Saya telah membuat rancangan untuk mengambil risiko pada hari terakhir pertandingan untuk menjadi pemenang. Tindakan saya berkesan.
Sejujurnya, saya tidak menggunakan apa-apa strategi khusus dalam Pusingan pertandingan demo Juara OctaFX ini. Saya hanya berdagang semasa peristiwa yang paling berpengaruh. Selain itu, saya perlu mengambil risiko untuk meningkatkan kedudukan dalam senarai dan membuat keuntungan yang besar pada hari terakhir pertandingan. Saya cuba menunggu sebanyak mana EURUSD dan GBPUSD akan bergerak dan melakukan scalp. Keuntungan saya yang paling besar ialah apabila bacaan gaji bukan ladang dan bacaan Indeks Harga Pengguna diumumkan. Saya juga mengalami kerugian, tetapi sekali sahaja. Hanya 20%.
Jika anda meminta nasihat daripada saya, saya percaya bahawa tiada jumlah masa yang tertentu diperlukan untuk pedagang benar-benar menjadi pakar. Pedagang berpengalaman berkata mereka belajar perkara baru setiap hari apabila mereka terus menambah baik kemahiran mereka, jadi keberterusan dan ketekalan ialah perkara paling penting dalam hal ini. Pedagang yang baik ialah mereka yang dapat menyesuaikan strategi mereka dan belajar tentang diri mereka.
Tetapi, jika saya hendak membuat kesimpulan, sekurang-kurangnya 6 bulan diperlukan atau sehingga 2 tahun tempoh dagangan aktif untuk menjadi pedagang yang agak mahir.
Tempat kedua: En. Yuliantono dari Indonesia
yuliantono
Rank2 | Gain6031.26% |
Saya sangat gembira dan berbangga mendapat hadiah kedua! Saya tidak terlalu banyak atau terlalu kerap berdagang; hanya apabila saya ada masa terluang. Walau bagaimanapun, saya sentiasa tertarik dengan pertandingan, saya rasa ia peluang yang sangat baik.
Apakah faktor utama kejayaan saya? Sudah tentu, bersabar dan berdisiplin. Tiada yang lebih penting dalam dagangan daripada bersabar dan berdisiplin. Strategi yang saya gunakan adalah berdasarkan bentuk kaki lilin. Saya akan terus meneroka teknik ini pada masa depan. Saya juga mendapat untung yang paling banyak apabila berita utama disiarkan.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menguasai teknik dagangan saya. Saya percaya seseorang perlu berlatih dari 5 hingga 10 tahun untuk menjadi pedagang yang baik.
Tempat ketiga: En. Adi Putra Nugraha dari Indonesia
adiputra7
Rank3 | Gain5714.66% |
Saya gembira kerana tersenarai sebagai pemenang! Saya tidak meluangkan banyak masa untuk berdagang secara umumnya dan khususnya untuk pertandingan, ia sesuatu yang agak menyeronokkan bagi saya, jadi saya terkejut apabila mendapat hadiah. Saya tidak pasti sama ada akan menyertai mana-mana promosi lain pada masa depan, tetapi gembira kerana mengambil bahagian dalam pusingan Juara OctaFX ini. Strategi kegemaran saya ialah untuk dapat mengawal emosi. Bukanlah mudah dan mengambil masa, tetapi akhirnya berbaloi.
Tempat terakhir: En. Zainal Efendi dari Indonesia
BangJai3
Rank531 | Gain-35.15% |
Sudah tentu, saya ingin menambah baik prestasi saya! Matlamat saya ialah untuk mengatasi peserta lain dan menjadi juara dalam pusingan seterusnya. Saya mendapat pengajaran yang berharga dan ingin mencuba beberapa teknik lain pada masa yang lain. Ya, terdapat beberapa perkara yang saya ingin ulangi lagi, harap-harap akan berkesan dengan lebih baik pada masa depan. Bagi saya, Had Beli & Had Jual ialah perkara yang penting untuk mengekalkan keuntungan dan mengelakkan kerugian. Bercakap tentang masa, saya mengambil masa tidak kurang daripada 3 tahun untuk menjadi pedagang yang baik, tetapi saya rasa saya perlu terus belajar dan berlatih!
Pertandingan demo Juara OctaFX menawarkan dana hadiah $1000 dan peluang yang hebat untuk menguji kemahiran dagangan anda tanpa sebarang risiko kewangan. Anda hanya perlu berdagang dalam tempoh sebulan dan menjadi peneraju pusingan menjelang tarikh akhir! Pertandingan demo Juara OctaFX mudah untuk disertai: hanya daftar di sini dan menjadi seorang daripada juara!
Pertandingan demo Juara OctaFX: membawa kejayaan