OCTAFX MERAIKAN ULANG TAHUN KELIMA DAN PERTUMBUHAN YANG HEBAT SELAMA LIMA TAHUN
OctaFX, broker forex yang terkenal kerana menawarkan spread terendah dalam industri, meraikan ulang tahun kelimanya pada bulan Februari ini dan mengumumkan pertumbuhan yang hebat selama lima tahun berturut-turut. Dengan lebih daripada 800,000 akaun dagangan dan lebih daripada 80 juta dagangan telah dilaksanakan sehingga hari ini, OctaFX berterusan memberikan tumpuan terhadap meningkatkan tawaran dan khidmat pelanggan untuk memberikan pengalaman dagangan yang terbaik dalam industri, menggembirakan hati pelanggan semasa dan menarik ribuan pelanggan baru setiap bulan.
Sejak syarikat ini dilancarkan pada bulan Februari 2012, ia telah memberikan perkhidmatan pembrokeran forex peribadi kepada pedagang di lebih daripada 100 buah negara dan mencatatkan pertumbuhan tahun demi tahun yang cemerlang.
Pelbagai peningkatan telah dilihat pada setiap tahun dalam tawaran OctaFX dan penglibatannya dengan para pelanggan dan tahun 2016 juga begitu. Selain melancarkan pengalaman web visual baru sepenuhnya untuk pengguna OctaFX, tahun 2016 menyaksikan pelancaran Akaun Pro baru OctaFX yang menyediakan 44 instrumen dagangan tanpa komisen, malah spread terapung lebih rendah dan keupayaan untuk berdagang di platform MT5.
OctaFX juga melancarkan akaun Mikro MT4 dan ECN cTrader pada tahun 2016. Akaun Mikro MT4 baru OctaFX membolehkan dagangan sebanyak 28 pasangan mata wang, emas dan perak dengan spread bermula daripada 0.4 pip, nilai minimum 0.01 lot dan leveraj 1:500. Akaun ECN dipertingkat OctaFX menampilkan spread mentah daripada 0.0 pip, komisen yang kompetitif dan 40 pasangan mata wang di samping emas dan perak serta kecairan tinggi pasaran tahap II.
OctaFX telah membangunkan asas pelanggan yang setia - dan juga memilih untuk berdagang dengan OctaFX, pelanggan menikmati tahap keyakinan yang lebih tinggi dan berdagang dengan lebih kerap dan untuk tempoh masa yang lebih lama di OctaFX berbanding sebelum ini.
OctaFX telah menerima pelbagai anugerah industri yang membuktikan syarat dagangan, ketelusan dan khidmat pelanggan yang terkemuka dalam industri. OctaFX telah diiktiraf oleh Forex Report untuk Syarat Dagangan Terbaik 2016 dan Broker STP Terbaik 2016, sebagai Broker STP Terbaik 2015 dan Broker Paling Telus 2016 oleh majalah European CEO dan sebagai Broker Forex Terbaik Eropah pada tahun 2015 dan 2016 oleh Forex Awards.com.
“Kami menjalankan tinjauan kepuasan tahunan dengan pelanggan kami di seluruh dunia dan tawaran produk serta perkhidmatan kami yang akan datang adalah berasaskan maklum balas pelanggan secara langsung,” kata jurucakap OctaFX. “Hasilnya ialah perubahan yang berterusan dalam pengalaman dagangan dan pedagang yang gembira. Dengan tawaran akaun dipertingkat, kami percaya kami mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada setiap jenis pedagang.”